Sunday, November 2, 2008

cinta ku...


Pada bulan ni genaplah 5 bulan hubungan kami. dalam masa yang begitu singkat ini banyak perkara yang di lalui suka duka silih berganti. Alhamdulillah hubungan kami tetap bersama hingga ke saat ini. aku bahagia bersama kekasihku yang dicintai Noor Hafishah
aku akan tetap menanti dia. walaupun kami berjauhan tetapi hati kami tetap bersatu, kasih sayang cinta kami tetap mekar mengharum.kerinduan kami sentiasa bersemi setiap detik kami lalui. walaupun kami berjauhan dan tidak bertemu, tetapi aku yakin perasaan kami sama saling merindui dan semakin sayang. aku tidak sabar rasanya menunggu cintaku Noor Hafishah.
aku sentiasa panjatkan doa agar hubungan kami direstui dan menjadikan cinta kami ini satu anugerah yang diberkati didunia dan akhirat kami tetap bersama.hidup dan mati kami biarlah kami bersama.
Ya Allah bahagiakanlah kami berdua sentiasa bersama walau apa jua terjadi tak sanggup rasanya untuk kami berpisah.
aku amat mencintai seorang wanita bernama Noor Hafishah.... segalanya hanya Allah yang maha besar yang maha mengetahui. ampunkanlah dosa-dosa kami Ya Allah. hambamu ini redha dengan segala dugaan yang kau berikan terhadap kami. Ya Allah tolonglah jangan pisahkan kami lagi.hambamu ini bersyukur dengan anugerah yang telah engkau berikan ini.hambamu ini benar-benar mahu sehidup semati dengan dia. jadikanlah segala dugaan yang kami terima ini asalah satu penawar dan hikmah yang terbaik untuk kami berdua.
walau apa jua keadaannya aku terima keadaan nya. mama.. papa rindu sangat pada mama. hanya tuhan saja yang tahu penderitaan yang kita alami ini.

1 comment:

myra idora frozzy said...

wah beruntungnya sidia...
kamu mmg btl2 sayang dia..